3 Persediaan Pergi Hari Raya Open House

‘Trend’ Hari Raya Open House sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita kini. Ada antaranya yang menjemput jiran tetangga, rakan sekerja mahupun sanak saudara untuk hadir memeriahkan suasana.

Hari Raya Open House

Sudah semestinya pelbagai juadah yang akan disediakan untuk para jemputan menjamu selera. Tetapi tetaplah harus diingat bahawa anda perlu membuat persediaan jika anda menjadi tetamu.

Adab Menghadiri Open House

Terdapat beberapa adab yang anda perlu jaga ketika menghadiri jemputan. Antaranya :

  1. Memenuhi jemputan mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Bepakaian sopan dan menyenangkan serta tidak terlalu menjolok mata.
  3. Memastikan anak-anak berada dalam keadaan separa kenyang supaya mereka tidak membuat perangai atau terlalu gelojoh ketika makan.
  4. Memerhatikan tingkah laku anak-anak semasa di rumah orang.
  5. Meminta izin tuan rumah jika anda mahukan apa-apa keperluan walaupun mereka rakan baik anda.
  6. Pesasn orang tua “ingat orang belakang” iaitu makan sekadarnya supaya jemputan yang hadir sedikit lewat dapat menjamu selera juga.

Lakukanlah tindakan dan menjaga adab semasa berkunjung ke rumah orang. Bayangkan jika anda yang m enjadi tuan rumah, pasti anda juga senang menerima tetamu yang menjaga adab dan menyenangkan.

3 Persediaan Sebelum Pergi Hari Raya Open House

Jika anda memenuhi jemputan, anda boleh lakukan 3 tips ini supaya anda lebih tenang dan bersedia. Bukan sahaja mood anda berada dalam keadaan yang baik, tetapi ia juga akan mempengaruhi mood anak-anak dan pasangan anda juga.

  1. Bersiap dan Maintain Mood
    Bersiaplah seawal mungkin supaya anda tidak berada dalam keadaan yang tergesa-gesa dan dapat menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
  2. Lapik Perut
    Sebaiknya anda menjamah sesuatu dari rumah sebagai lapik perut supaya anda tidak terlalu lapar atau lewat makan dan menyebabkan angin.
  3. Sediakan air secukupnya
    Dalam cuaca yang panas ini, anda boleh membawa air mineral di dalam botol untuk di bawa bersama supaya tidak berlakunya dehidrasi. Saya sarankan anda membawa air bancuhan Perfomance Drink yang bagus untuk badan anda kekal hidrasi.

Jika anda berjaya kekalkan mood anda sudah pasti anda dapat mengawal anak-anak anda sepanjang memenuhi jemputan di Hari Raya.

Selamat Hari Raya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge