Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee merupakan pilihan terbaik untuk anda yang nak dapatkan berat badan ideal sebelum raya. Kalau tidak dapat turun banyak, dapat turun sikit pun jadilah kan? Dapatlah merasa bergaya pakai baju raya di pagi Syawal nanti.

Walaubagaimanapun, tetaplah kena berlumba-lumba rebut ganjaran di bulan Ramadhan dengan banyakkan ibadah dan jadikan usaha mendapatkan berat badan yang ideal sebagai bonus. Menariknya Set Kurus Shaklee kerana bukan sahaja bagus untuk turunkan berat badan tetapi sangat bagus untuk kekalkan tenaga dan elakkan rasa lapar di bulan Ramadhan.
Set Hello New You Shaklee Untuk Kurus Sebelum Raya
Hello New You ini merupakan alternatif yang terbaik untuk anda! Terdapat 5 produk Shaklee untuk kekalkan tenaga anda di bulan puasa ini.

1. Cinch Shake
Rata-rata pakar kesihatan mahupun coach diet akan memberi saranan supaya banyakkan pengambilan serat untuk rasa kenyang lebih lama. Cinch Shake dikenali sebagai mel replacement kerana mempunyai kandungan serat, multivitamin dan padat dengan nutrisi.
Buat anda yang sukakan hidangan on-the-go boleh dapatkan Cinch shake ini. Ia didatangkan dengan 3 perisa iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanilla.
Anda juga boleh dapatkan Cinch Shake dalam Set Puasa Shaklee yang menjadi pilihan ramai di bulan puasa ini untuk kekalkan tenaga dan kekal aktif.

2. Omega Guard
Omega adalah minyak ikan omega 3 yang berfungsi untuk menyingkirkan lemak-lemak tepu yang melekat di organ anda terutamanya jantung dan hati. Ia juga membantu untuk mengurangkan rasa craving terhadap makanan atau minuman manis.

3. Lecithin
Lecithin merupakan vitamin yang membantu dalam proses penurunan berat badan kerana ia membantu meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu memecahkan lemak di bawah lapisan kulit.
Ia juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan tau!

Herb-Lax
Herb-Lax dikenali sebagai agen pembersihan kerana ia membantu untuk membersihkan usus dan perut. Selain dari itu, ia juga membantu menyingkirkan segala toksin di dalam badan.
Tetapi, awas! pengambilan Herb-Lax memerlukan konsultasi khas mengikut keperluan anda. Anda boleh dapatkan konsultasi dari Qiqi yang banyak belajar dari pakar kesihatan dan doktor ok?
Promosi Set Kurus Shaklee : Set Hello New You

Beruntungnya anda kerana Shaklee masih memberi peluang untuk anda dapatkan Set Hello New You ini bagi merealisasikan impian anda yang ingin menurunkan berat badan dalam masa sebulan berpuasa.
Apa yang akan anda dapat dalam set ini adalah :
- Cinch Shake
- Omega Guard
- Lecithin
- Herb-Lax
- Cinch Shake (PERCUMA)
Hanya dengan RM353 sahaja, anda boleh dapatkan 5 produk exclusive ini dengan hasil yang proven!
Program Amazing Fat to Fit Dengan Set Kurus Shaklee

Selaras dengan promosi yang Shaklee buat, team Qiqi juga ada jalankan program sokongan untuk membantu anda mencapai impian anda untuk mendapatkan berat baadan ideal. Jadi, kami mewujudkan satu komuniti yang sama-sama menjayakan program #AmazingFattoFit ini.
Pada awalnya, Qiqi juga sangat teruja dapat berada dalam program ini kerana pengalaman detox lalu tidaklah seindah yang disangka sehinggakan Qiqi sendiri merasa berat untuk menjadikan detox sebagai gaya hidup.
Tetapi dengan wujudnya program ini membantu Qiqi untuk mengubah gaya hidup sekaligus dapat mengikuti menu makan yang menarik dan mudah dapat sehari- hari.
Apa yang Best Dengan Program Fat to Fit
Usah ditanya apa yang best nya program ini. Lihat sahaja pada menu-menu yang dikongsi setiap hari. Sudah pasti anda hairan bukan?
Terlalu banyak teknik yang buatkan Qiqi sendiri rasa WOW sepanjang program ini. Manakan tidak, konsep Amazing Fat to Fit ini dapat membantu membakar lemak walaupun anda sedang tidur. Best kan?

Apa yang BEST SANGAT dengan program AMAZING FAT TO FIT ni?
- Dapat makan nasi setiap hari (ada teknik rahsia untuk sediakan nasi)
- Dapat makan lauk-lauk harian walaupun bersantan
- Dapat ubah gaya dan jadual makan dengan konsisten
- Dapat module sepanjang program
- Dapat team sokongan untuk menjayakan proses turunkan berat badan.
- Dapat dilakukan dengan gembira dan ceria

Bayangkan dalam masa 2 minggu sahaja anda sudah dapat turunkan 5kg tanpa perlu bersenam yang berat dan paling penting dapat ‘inch loss’ yang konsisten.
Boleh baca penulisan menarik berkaitan Set Kurus Shaklee.
One Comment