| | | | | |

Keburukan Intermittent Fasting yang Ramai Tak Tahu!

Kajian menunjukkan bahawa walaupun Intermittent Fasting salah satu kaedah yang berkesan dalam mendapatkan berat badan ideal dan menjadikan gaya hidup yang lebih sihat ia juga mempunyai keburukan yang ramai tidak tahu. Tetapi usah risau, untuk anda yang baru nak berjinak-jinak bulan Ramadhan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda mulakan kaedah Intermittent Fasting ini.

Keburukan Intermitteng Fasting

Ramai yang lakukan Intermittent Fasting cuma melihat pada kebaikan sahaja sedangkan terdapat beberapa keburukan sepanjang proses Intermittent Fasting ini. Jom Qiqi kongsikan terlebih dahulu apa proses yang berlaku sepanjang Intermittent Fasting anda.

Siapa faham gambar rajah di bawah? Ok, Qiqi ceritakan secara mudah supaya anda lebih mudah untuk faham. Bismillah.

Allah jadikan hormon ghrelin untuk menghantar signal lapar kepada otak manakala hormon leptin menghantar signal kenyang. Info menarik yang Qiqi dapat dari kelas Prof Redza tempoh hari yang mana hormon leptin ini mengambil masa selama 10 minit untuk hantar signal kenyang manakala hormon Ghrelin mengambil masa hanya beberapa saat sahaja untuk menghantar signal lapar.

Selari dengan apa yang Rasulullah ajarkan kepada kita untuk makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dapat relatekan?

Keburukan Intermitteng Fasting

Intermittent Fasting mempunyai beberapa fasa jam untuk berpuasa. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam, 18 jam, 24 jam sehingga 72 jam!

Tetapi usahlah memaksa diri untuk mendapatkan 72 jam. Boleh cuba konsistenkan dengan 12 jam atau 16 jam. Sangat sesuai dilakukan dalam bulan Ramadhan ini.

Anda juga boleh baca artikel terbaik berkaitan Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee untuk kekal berpuassa di bulan Ramadhan ini.

Keburukan Intermitteng Fasting

Fasa Fat Burning semasa Intermittent Fasting

Jika anda lihat pada gambar rajah ini proses fat burning sudah pun berlaku pada jam ke 16 manakala autophagy akan berlaku pada jam ke 18. Autophagy merupakan proses penting bagi anda yang ingin melakukan Intermittent Fasting.

Anda boleh juga lakukan Intermittent Fasting selama 16 jam sahaja tetapi dapat kesan sama seperti 72 jam. Pendek kata, anda dapat pendekkan tempoh anda berpuasa dengan kesan berpuasa 72 jam.

Jom kita tengok apa kerja autophagy ini.

Keburukan Intermitteng Fasting
Autophagy membantu pembaharuan sel

Autophagy merupakan satu proses yang mana dia akan membersihkan badan pada tahap cellular. Bayangkan, dalam badan anda terdapat banyak sel yang hampir rosak. Jadi, autophagy ini akan membantu untuk screen sel-sel itu dan baiki semula.

Secara logiknya, apabila anda mengambil gula yang berlebihan maka sel akan kandung banyak gula. Ia akan membentuk AGE protein dan merosakkan sel-sel dalam badan.

Jadi, bila anda buat autophagy ini dia akan baikkan semula sel-sel semua. Ibaratnya dia akan mencantikkan rumah kita dengan interior design yang cantik.

Keburukan Intermitteng Fasting

Kebaikan Autophagy

Terdapat beberapa kebaikan penting jika anda melakukan autophagy ini. Antaranya:

  • Ia membantu menghalang kanser.
  • Membantu mempertingkatkan prestasi otot.
  • Membantu menghalang penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer.
  • Membantu mengawal keradangan.
  • Membantu melambatkan tempoh penuaan.
  • Membantu mempertingkatkan tenaga.

Keburukan Intermittent Fasting

Banyak kebaikan yang anda boleh dapat jika anda mendapatkan autophagy ini tetapi terdapat keburukan yang anda perlu ambil kira supaya anda tahu ama ada Intermittent Fasting yang anda lakukan ini berkesan atau sebaliknya.

1. Memusnahkan Collagen dalam Badan

70 peratus di dalam badan adalah air dan 30 peratus lagi adalah protein termasuklah collagen. Bayangkan anda sudah seronok buat Intermittent Fasting dan ingin turunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama anda tidak sedar yang anda sudah kehilangan collagen dalam badan.

Tambahan pula, ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural collagen. Ini bermakna collagen yang memang dihasilkan oleh badan akan berkurangan!

2. Menyekat peningkatan collagen

Sudahlah dia galakkan kemusnahan collagen dia menyekat pula peningkatan collagen dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya penuaan, kemerosotan kulit dan keguguran rambut.

Jaga-jaga para wanita, jangan terlalu asyik menurunkan berat badan tetapi tidak tahu bahawa badan sedang dalam keadaan bahaya. Sudah lah tidak tahu, badan hantar signal juga tidak dihiraukan sama sekali.

3. Mengalami keletihan melampau

Collagen berada dalam keluarga protein yang mana ia memberikan kebaikan dan tenaga pada tubuh badan. Jika collagen berkurangan, badan akan terasa letih yang melampau kerana kekurangan minerals dan nutrisi micronutriens.

Kerana itu, usah hairan jika anda melakukan Intermittent Fasting dan ada penurunan berat badan tetapi rambut mudah gugur, kulit semakin kusam dan kelihatan berumur, tulang tidak kuat, mudah sakit badan, dan sebagainya. Mungkin ini penyebabnya.

Apa yang anda rasa bila dah tau Intermittent Fasting juga membawa kesan buruk pada badan?

Keburukan Intermitteng Fasting

Tapi tenang sahaja, Qiqi akan bantu anda untuk atasi isu ini.

Tahukah anda bahawa badan kita memerlukan collagen terutamanya wanita dan ketika anda buat autophagy ini collagen type 1 yang mana 90 peratus berkaitan rambut, kulit, kuku, organ, tulang dan ligamen serta membantu menyokong kulit kelihatan lebih muda.

Kerana itu jangan biarkan anda kehilangan collagen dalam badan hanya untuk mendapatkan berat badan yang anda inginkan. Pastikan berat anda turun dan kulit anda cantik dan sihat.

Dalam kajian ada menunjukkan bahawa Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy.

Untungnya anda kerana Shaklee Supplements Terbaik membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan anda lengkapkan nutrisi micronutriens dalam badan.

Lagi seronok jika anda dapatkan set ini dan dapat bimbingan dari Qiqi yang akan membantu anda dapat cara makan paling berkesan mengikut bimbingan saintis dan doktor untuk kesan yang lebih optimum dan berkesan.

Set Intermitteng Fasting

Nak tahu cara makan berkesan boleh terus hubungi Pengedar Shaklee Johor untuk anda dapatkan Set Intermittent Fasting Amazing dengan cara makan berkesan untuk mendapatkan result yang memuaskan!

Shaklee Johor

Anda boleh baca juga artikel menarik berkaitan Intermittent Fasting.

Similar Posts

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge