Idea Sediakan Menu Sahur Sihat yang Super Simple dan Kenyang

Menu Sahur akan menjadi fikiran besar terutamanya buat para ibu dan sudah semestinya ibu inginkan sesuatu yang mudah dan ringkas.
Buat anda yang ingin mendapatkan puasa yang berkualiti dan bertenaga, boleh baca lanjut di Set Puasa Shaklee.
Berpuasa juga menjadi kewajipan buat kita yang beragama islam kerana ianya merupakan rukun islam yang ketiga. Tidak lupa juga dalam didikan mengajar anak berpuasa, perlu diutamakan penjagaan solat.
Selain daripada itu, perlu juga untuk kita mengambil segala kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan lagi keimanan dan kebergantungan kepada Allah.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pengalaman Menyediakan Sahur
Sudah hampir enam tahun Qiqi menyediakan sahur untuk anak-anak supaya belajar berpuasa. Adakalanya nak siapkan sahur yang berat tak sempat tambahan pula nak melayan kerajinan sendiri dan karenah anak di waktu pagi.
Jadinya, Qiqi memang akan sediakan menu yang super simple , cepat dan kenyang lebih lama. Supaya anak-anak dapat bertahan untuk berpuasa dengan gembira. Paling penting adalah pengambilan nutrisi yang cukup untuk anak-anak sepanjang hari.
Cabaran anak-anak berpuasa
Bila bercakap soal cabaran ini pasti anda sebagai ibu juga mempunyai pengalaman menghadapi karenah dan rengekan anak sepanjang berpuasa bukan?
Antara cabaran yang perlu ibu lalui mengikut pengalaman Qiqi sendiri adalah :
- Cepat Lapar : Kebiasaannya seawal jam 8 pagi lagi anak-anak akan sarapan di waktu begini tetapi ketika berpuasa perut mereka sudah berbunyi menyebabkan mereka mula mencari makanan.
- Badan Lesu : Tidaklah menjadi sesuatu yang besar jika anak berpuasa sewaktu cuti sekolah tetapi anak akan kelihatan sedikit lesu ketika sesi persekolahan bermula. Kasihan juga tetapi bila ditanya boleh bertahan atau tidak? Jawapannya boleh. Maka teruskanlah berpuasa.
- Tidak Fokus : Bila perut dah biasa diisi dan tiba-tiba dikosongkan ia akan menganggu sedikit fokus anak untuk melakukan tugasan harian mahupun belajar. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun boleh mengalami cabaran ini.
- Berbuka Dengan Nafsu Makan yang Besar : Paling menakutkan jika tidak dipantau hidangan berbuka puasa kerana anak-anak sudah menahan lapar sedari awal pagi sehingga maghrib, jangan biarkan anak-anak terlalu banyak mengambil makanan atau minuman manis.
Walaupun banyak cabaran yang ibu lalui dan menguji kesabaran ibu di bulan Ramadhan, tetapi bila diingat kembali ianya suatu pengalaman yang manis dan ada momen kelakar sepanjang mendidik anak-anak berpuasa.

Menu Sahur Tinggi Protein
Biasanya kita ibu-ibu ni akan panaskan lauk berbuka semalam sahaja betul?
Tetapi jika ingin menyediakan makanan on the spot, sebaiknya pilihlah makanan yang tinggi protein untuk rasa kenyang lebih lama sepanjang berpuasa. Dan ia juga dapat membantu menaikkan selera anak-anak untuk makan di waktu pagi.
Antara makanan berprotein yang anda boleh pilih termasuklah telur, ayam, ikan, kekacang, mahupun yogurt.
Biasanya Qiqi akan masak telur kerana itu adalah lauk paling mudah untuk anak-anak makan di waktu pagi dan masakan paling simple adalah telur dadar kicap. Mudah sahaja cara untuk membuatnya.
3 biji telur digoreng dadar dan dimasukkan ke dalam pinggan,
Kemudian, tumis bawang besar dan cili mengikut kuantiti yang disukai,
Tuang kicap keatas telur dadar dan masukkan bahan tumisan tadi. Siap!
Terpaling mudah dan anak-anak pasti makan bertambah walaupun awalnya mereka menangis tidak mahu bangun sahur.

Menu Sahur Tinggi Lemak
Selain protein, lemak juga membantu untuk perut rasa kenyang lebih lama. Ada ketikanya anda terjaga agak lewat dan tak sempat nak masak jadi anda boleh sediakan roti versi kenyang untuk anak-anak.
Antara makanan berlemak yang anda boleh ambil adalah avocado, peanut butter, pure butter dan santan. Cara penyediannya sangat mudah, anda cuma sapukan peanut butter di permukaan roti dan sedia untuk dimakan.
Anda perlu ingat, waktu sahur tidak sesuai untuk anda mengambil air kopi atau teh kerana ia akan menjadi faktor untuk anda kurang bermaya di siang hari.
Anda boleh juga baca idea menarik Menu Sahur.
Kawal kuantiti makanan
Nak kawal selera makan bila berpuasa juga agak mencabar kerana adakalanya anda akan berbuka bersama keluarga atau sanak saudara. Begitu juga jika anak-anak membuat permintaan lauk kegemaran mereka.
Qiqi happy sangat bila ada group pilot Amazing Fat to Fit ni sebab walaupun sibuk menyediakan hidangan berbuka mahupun sahur untuk keluarga, Qiqi dapat jaga portion makan sendiri.
Nak sediakan makan untuk anak-anak dan suami pun rasa happy sahaja bila kita sendiri dapat duduk dan makan hidangan yang sama.
Selain dari dapat sediakan menu sahur yang sihat sekaligus Qiqi boleh dapatkan berat badan yang ideal untuk raya nanti.

Bukan sekadar kawal pengambilan makanan tapi dapat makan nasi dan rasa menu sihat tanpa rasa bersalah.
Anda boleh baca feedback salah seorang peserta Amazing Fat to Fit yang dah turun 7 kg dalam masa 2 minggu sahaja tau!
