| |

Cara Diet Intermittent Fasting Malaysia

Cara Diet Intermittent Fasting secara generalnya adalah satu kaedah yang digunakan untuk menurunkan berat badan. Kita tidak diberitahu apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak boleh di makan jika melakukan cara ini kerana ia bukanlah diet.

Shaklee ada menawarkan set yang sesuai untuk anda menjalankan Intermittent Fasting ini, jadi jika anda berminat boleh whatsapp saya untuk saya bantu anda.

Cara Diet Intermittent Fasting

Apa Itu Intermittent Fasting

Alkisahnya team saya mempunyai group untuk kami melakukan projek fat to fit bersama untuk dapatkan hasil bersama-sama. Ia bukanlah seperti diet biasa yang dilakukan yang mana anda perlu mengira kalori, mengawal kadar makanan yang anda ambil tetapi anda mengawal waktu makan anda pada waktu yang ditetapkan sahaja.

Bahasa mudahnya adalah IF ini bukanlah satu skill diet tetapi ia merupakan satu pattern pemakanan kita.

Cara Diet Intermittent Fasting

Kebaikan IF

Antara kebaikan melakukan Intermittent Fasting adalah :

  1. Menstabilkan paras insulin.
  2. Memberi anda lebih tenaga.
  3. Merendahkan kolestrol.
  4. Mengawal keinginan gula.
  5. Merangsang hormon tumbesaran.
  6. Penurunan mendadak penyakit krinok terutamanya darah tinggi dan diabetes.
  7. Meningkatkan fungsi otak.
Cara Diet Intermittent Fasting

Cara Diet IF

Terdapat beberapa Cara Diet Intermittent Fasting ini tetapi anda perlu tahu bahawa dalam badan kita ada satu organ yang di panggil pancreas di mana kerja dia adalah menghasilkan insulin secara semulajadi.

Jadi, jika anda tidak mengawal waktu makan anda akan memberi kesan pada kuantiti insulin di dalam badan.

Intermittent Fasting adalah satu kaedah yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Ia mempengaruhi dua hormon utama dalam badan. Iaitu :

  1. Menggalakkan pertumbuhan hormon dalam badan yang mana bagus untuk anti-aging dan turunkan berat.
  2. Menurunkan tahap insulin di dalam badan.

Jika anda dapat mengurangkan tahap insulin dalam badan, secara automatik anda dapat menurunkan berat badan anda dengan mudah.

Kaedah Diet IF Malaysia

Terdapat beberapa pecahan masa untuk anda melakukan IF ini, antaranya 12:12, 16:8, 18:6, 20:4, dan 24. Ia adalah jumlah jam yang anda ambil untuk berpuasa yang dipanggil fasting window dan eating window.

Untuk permulaan, anda boleh lakukan IF ini seperti anda berpuasa di bulan Ramadan iaitu selama 12 jam. Jadi anda hanya perlu berpuasa sama ada pada waktu siang atau pada waktu malam.

Kemudian perlahan-lahan anda boleh tambah tempoh masa untuk anda berpuasa dan pastikan eating window anda hanya sebentar sahaja. Anda pasti dapat lihat hasilnya mengikut kadar kemampuan anda berpuasa.

Selamat mencuba!

Anda juga boleh baca artikel lain berkaitan Intermittent Fasting ni.

Selain dari IF, anda juga boleh baca berkaitan 5 Supplemen kawal berat badan anda.

#shakleethrive2023 #blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleekluang #readystockshakleekluang

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge