5 Tips Urus Masa Untuk Ibu Bekerjaya
5 Tips Urus Masa Untuk Ibu Bekerjaya
Zaman kian berubah, ramai insan bergelar ibu lebih memilih untuk bekerja dirumah iaitu dengan menjalankan perniagaan secara online mahupun offline. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang sering dialami oleh para ibu yang bergelar surirumah bekerjaya ini. Antaranya, cara urus masa buat ibu bekerjaya. Bagi ibu yang bekerjaya, mengurus masa adalah sesuatu yang amat besar kerana jika mereka tidak mengurus masa dengan baik, berkemungkinan mereka akan kurang produktif sehingga memberi kesan buat perniagaan yang dilakukan. Jadi, mengurus masa untuk ibu bekerjaya ini amat penting untuk ditekankan.
Sebagai seorang ibu juga, tanggungjawab terhadap keluarga juga tidak dilupakan. Seusai habis waktu kerja dipejabat, kerja dirumah perlu diteruskan. Tapi, bagi ibu yang berada dirumah atau surirumah, rutin harian akan dilakukan sama setiap hari. Jadi cara mengurus masa amat penting. Jika tidak, pasti banyak kerja dan aktiviti tergendala. Mengurus masa buat ibu bekerjaya ini akan menjadi mudah jika dapat persefahaman dari pasangan iaitu suami. Jadi, suami boleh lah saling membantu dan berbincang soal urus masa inI.
5 Tips Urus Masa Untuk Ibu Bekerjaya
Terdapat beberapa cara untuk mengurus masa dengan mudah buat ibu yang bekerjaya.
1. Menyediakan bahan memasak pada malam hari.
Ramai ibu yang mengambil ringan soal memasak. Penyudahnya keesokan pagi, makanan untuk bekalan anak dan suami hanya dibeli. Jika ibu ingin anak dan suami membawa masakan kita, ibu perlu sediakan bahan yang diperlukan sebelum tidur pada waktu malam. Supaya keesokan pagi, ibu lebih mudah untuk memasak.
Untuk menjimatkan masa dan mengurus masa dengan bijak, ibu bekerjaya perlu membuat to-do list dimana peranannya adalah sebagai ukuran dan penentuan kerja atau tugasan apa yang ibu perlu lakukan pada keesokan hari.
Biasanya, senarai ini dilakukan 10 minit sebelum tidur. Jadi, ibu akan lebih terurus pada keesokan harinya.
3. Bahagi tugasan.
Tidak semua pekerjaan ibu boleh lakukan sendirian. Ibu juga boleh membahagi tugasan pada ayah dan anak-anak. Contohnya, anak-anak perlu pastikan baju kotor dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan, katil sedia kemas sebelum ke sekolah, ayah pula perlu membeli barang dapur sebelum pulang ke rumah.
Dengan cara ini, ibu tidak terlalu penat melakukan semua kerja sendirian.
4. Senarai aktiviti.
Walaupun setiap hari ibu melakukan aktiviti yang sama, ibu tetap pelu menyenaraikan aktiviti apa yang perlu dilakukan pada keesokan harinya supaya ibu dapat set masa dan urus masa dengan baik. Jadi, rancang aktiviti yang ibu, perlu lakukan setiap hari.
5. Me-time.
Setelah seminggu berpenat lelah menguruskan rumah dan kerja, anda perlu berbincang dengan pasangan supaya anda mendapatkan sedikit masa untuk ber ‘me-time’. Ini kerana, ketika anda bersendirian, anda boleh berfikir dan merancang untuk minggu seterusnya.
Mengurus masa bukanlah sesuatu yang mudah, tapi jika dibiasakan ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan membuatkan kita lebih menghargai masa. Jangan lah melakukan sesuatu dengan remeh kerana impaknya sangat besar. Cuba lah untuk belajar mengurus masa dengan baik walaupun anda seorang ibu yang bekerjaya.